Artikel

Penyertaan Wanita Dalam Ekonomi Melonjak, Sekitar 182,300 Pekerja – Bagi Tahun 2022

Keadaan pasaran buruh negara bagi suku keempat 2022 kini memperlihatkan aliran positif apabila kadar pengangguran telah alami penurunan sebanyak 13.5%, menjadi kadar lebih rendah sejak pandemik diikuti jumlah penduduk bekerja naik sebanyak 3.2% kepada 15.94 juta pekerja berbanding suku yang sama tahun 2022.

Mengikut Sorotan Pasaran Buruh di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas menunjukkan pasaran pekerjaan negara ke arah memulih, di mana peningkatan jawatan pekerjaan turut meningkat pada suku keempat 2022 dengan 30,900 penawaran jawatan tersedia.

Malah jumlah jam bekerja turut naik 5.0% bersama produktiviti per pekerja meningkat 3.6%. Persekitaran ini secara langsung akan membantu pasaran buruh 2023 berkembang dengan kadar yang lebih sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh berbanding 2022.

Lebih menarik berdasarkan pertumbuhan jumlah penduduk bekerja, lelaki terus mendominasi pasaran pekerjaan negara dengan 61.7% iaitu seramai 9.76 juta individu, namun perempuan pula menyumbang kepada 38.8% iaitu 6.18 juta penyertaan individu. Secara menyeluruh mengikut data tahunan, kedua jantina ini memaparkan peningkatan penyertaan dalam ekonomi dengan lelaki (+318,700 pekerja) dan perempuan (+182,300 pekerja).

Perkembangan ini menurut DOSM sekaligus akan menyokong penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi pada 2023, walaupun risiko ekonomi semasa berpotensi memberi tekanan kepada pasaran Malaysia.