Berikutan langkah menaik-taraf bahagian teknikal sistem, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan sistem percukaian negara akan alami gangguan bermula jam 10 malam ini sehingga 6 pagi 19 Februari.
Gangguan ini untuk pengetahuan umum meliputi khidmat melibatkan capaian sistem HASiL dalam semua jenis e-prkhidmatan percukaian melalui aplikasi MyTax. Tidak hanya gangguan juga turut akan memberi kesan pada sesi di kaunter HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Oleh itu para pengguna diminta bersedia akan kesulitan sedemikian dalam tempoh tersebut. Meskipun sistem akan tergendala, para pembayar cukai masih boleh merujuk maklumat percukaian pada pautan portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my/.