Artikel

MEF : Usul Wajibkan Majikan Bayar Elaun, Akan Jejaskan Peluang Pelajar Praktikal

Susulan terdapat pertimbangan untuk mewajibkan majikan di sektor swasta, membayar elaun latihan industri kepada pelajar praktikal – dilihat perlu diteliti dengan mendalam. Ini kerana langkah sedemikian berpotensi mengurangkan peluang untuk para menyertai latihan dalam pasaran pekerjaan negara.

Mengikut laporan TMI, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melihat tindakan ini akan menjejaskan kapasiti penyertaan pelajar latihan industri pada sektor ekonomi. Tambahan penetapan kadar elaun tertentu juga berkemungkinan mengurangkan lagi penyertaan majikan dalam penawaran latihan industri.

Ini kerana masih terdapat kumpulan perniagaan dalam proses pemulihan dan mengalami ketirisan tunai dek tekanan ekonomi semasa.

Bagaimanapun setakat ini, usul tersebut masih diperingkat pertimbangan dan menurut Kementerian Belia dan Sukan ia akan diketengahkan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti terlebih dahulu. Dan dijangka akan dibawa ke kabinet untuk semakan lanjut.