Artikel

Siti Khadijah Kini Tawar Pelan ‘Bayar Nanti Pakai Lekas’ – Buat Pengguna

Bagi memastikan kuasa beli pengguna terus meningkat, Siti Khadijah – penyedia telekung di negara kini mula menawarkan kaedah pembayaran secara BNPL, iaitu Bayar Nanti Pakai Lekas buat semua penggunannya.

Usaha bersama MOBY Islamic ini dimaklumkan akan mengetengah pilihan pembayaran secara ansuran mengikut piawaian patuh syariah dan tanpa faedah untuk semua pengguna beragama Islam.

Menerusi penawaran tersebut, pelanggan secara atas talian dibolehkan menikmati pelan ansuran bulanan, sehingga tempoh 6 bulan. Lebih menarik kemudahan BNPL ini kelak turut dapat digunapakai pada pembelian di butik secara fizikal.

Buat pengetahuan setakat ini Siti Khadijah memiliki 45 cawangan di seluruh negara, diikuti 2 cawangan lagi di Indonesia.