Sejajar dengan agenda yang telah dipersetujui sejak Mac 2022 lalu – Tenaga Nasional Berhad dan PLUS Malaysia akan menyediakan kemudahan 18 kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) di bawah TNB Electron, usaha ini selari dengan matlamat negara untuk kurangkan pelepasan karbon di lebuhraya PLUS.
Ketersediaan infrastruktur EV ini dijangka akan mula beroperasi pada akhir 2023 ini.
Setakat ini mengikut makluman rasmi TNB terdapat 3 kemudahan pengecas TNB Electron telah tersedia di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) dan Paka (arah utara). Sementara 6 lagi stesen kini sedang dibangunkan di R&R Machap (arah selatan), Rawang (arah utara). Gunung Semanggol (arah selatan), Gurun (arah selatan dan utara) serta Paka (arah selatan).
Secara menyeluruh, sehingga Januari ini didapati laluan lebuhraya PLUS telah memiliki sekitar 20 kemudahan pengecas pantas dan usaha tersebut akan meningkatkan lagi permintaan unit kenderaan elektrik untuk perjalanan jangka panjang.
Selain pembangunan rangkaian pengecas EV, kedua pihak turut bermatlamat membangunkan pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga, dan pemasangan sistem solar fotovoltaik di bangunan kawasan R&R yang terpilih.