Artikel

MOF : 7 Juta Pencarum Melayu Kini Miliki Median Simpanan Sekitar RM5,500 Dalam KWSP

Susulan terdapat pertikaian berhubung prinsip pentadbiran negara untuk tidak membenarkan pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berlaku lagi, tahukah anda – median (penengah) simpanan untuk semua ahli KWSP kini telah merosot 50% dari 2016 sekitar RM16,600 (2016) kepada RM8,100 (2022).

Tidak hanya itu menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang pagi Parlimen hari ini, berdasarkan perincian mengikut kaum – ternyata median simpanan melibatkan 7 juta pencarum kaum Melayu telah menurun dari April 2020 dengan RM16,900 kepada sekarang hanya RM5,500 sahaja.

Sementara median simpanan melibatkan 1.4 juta pencarum Bumiputera pula telah menurun daripada RM10,600 kepada sekarang RM3,300.

Melihat pada aliran caruman ini, MOF menegaskan simpanan hari tua pencarum KWSP tidak lagi wajar dikeluarkan. Demi menjaga kepentingan dan kebajikan mereka di masa hadapan.