Artikel

David Malpass, Ketua Bank Dunia Umum Letak Jawatan

Setelah memimpin Bank Dunia selama 4 tahun sejak 2019, David Malpass iaitu Presiden Bank Dunia kini mengumumkan peletakan jawatan selaku peneraju entiti bank global itu, ia akan berkuat kuasa mulai 30 Jun kelak.

Langkah drastik itu menurut Bank Dunia adalah permintaan David untuk meneroka cabaran di segmen baharu. Meskipun masih terdapat pelbagai krisis ekonomi yang melanda global ketika ini, beliau menzahirkan pelbagai kejayaan telah dilaksanakan Bank Dunia sepanjang perkhidmatannya.

Buat pengetahuan pertubuhan Bank Dunia telah disokong oleh 189 buah negara di seluruh dunia. Peranan Bank Dunia tidak sekadar melaungkan isu ekonomi semasa tetapi turut bertindak menjadi badan penyalur dana pinjaman kepada negara yang mengalami ketirisan tunai dan memiliki sasaran mengurangkan kadar negara miskin secara berperingkat.