Farm Fresh, syarikat pengeluar tenusu negara kini melebarkan skala mereka kepada segmen aiskrim apabila bertindak laksana pembelian saham bersama vendor The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) dengan cadangan pengambilalihan 462,739 saham biasa.
Langkah peralihan itu sekaligus mewakili 53.0% daripada saham terbitan diperbesarkan oleh TISSB, dengan pertimbangan nilai sekitar RM68.4 juta. Selain perjanjian pembelian itu, Farm Fresh turut laksana sepakat langganan saham bersama TISSB dengan cadangan langganan sekitar 104,771 saham baharu mewakili 12% dengan nilai pertimbangan berjumlah RM15.5 juta.
Mengikut laporan bersama Bursa Malaysia, setelah aturan sedemikian dimuktamadkan ia akan menjadikan TISSB anak syarikat 65% milik Farm Fresh , sementara kepentingan (35%) selebihnya akan dipelopori oleh Edmund Tan iaitu peneraju TISSB.
Susulan perolehan kepentingan ini, dijangka Farm Fresh akan meneroka peluang pelaburan lebih meluas dalam pasaran aiskrim – disamping memanfaatkan kecekapan mereka bersama TISSB dalam permintaan segmen tersebut.