Artikel

Kerajaan Bakal Umum Inisiatif Pendapatan Rakyat – Bantu B40 Tingkatkan Pendapatan

Bagi menjamin aliran tunai rakyat negara terus dilindungi, kerajaan Malaysia kelak bakal membantu golongan miskin bersama isi rumah B40 untuk meraih pendapatan tambahan melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – yang akan dilaksanakan setelah Belanjawan 2023, iaitu pada 26 Februari ini.

Perkongsian Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang Prestasi Ekonomi dan Pertumbuhan KDNK hari ini memperincikan langkah itu adalah sebahagian daripada usaha negara untuk membantu rakyat meningkatkan kuasa beli pengguna, di samping meningkatkan simpanan rakyat dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun penjelasan lanjut berhubung inisiatif tersebut hanya akan dibentangkan selepas sesi bajet negara selesai dipaparkan kepada umum. Bagi peringkat awal IPR akan tertumpu khusus kepada golongan miskin tegar dan B40, sebelum diperluaskan pada peringkat pendapatan lain.