Sekiranya tahun lalu, negara memiliki matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025 dengan perolehan pendapatan isi rumah sekitar RM10,000 setiap bulan – kini sasaran sedemikian dijangka dapat direalisasikan seawal tahun 2026.
Matlamat itu menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang Prestasi Ekonomi dan Pertumbuhan KDNK hari ini menjelaskan, pencapaian tersebut akan tertakluk kepada beberapa sentimen dalam ekonomi. Antaranya pretasi ekonomi negara, sekiranya ia mengekalkan pertumbuhan di antara 4% hingga 5% maka seawal tahun 2026 – negara miliki potensi untuk meraih sasaran tersebut.
Dan pengukuhan pertumbuhan ini perlu konsisten pada setiap tahun, termasuklah tahun 2023.
Manakala aspek kedua yang perlu diberi penekanan adalah kadar pertukaran mata wang asing negara, ini kerana pengukuhan Ringgit secara langsung akan meningkatkan peluang buat ekonomi negara.
Selain faktor tersebut, negara juga dilihat perlu menggandakan usaha untuk membasmi kemiskinan tegar, isu kos sara hidup dan pelarasan gaji minimum di Malaysia secara berkala. Adanya langkah ini, ia akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.