Menyedari tekanan kos semasa turut memberi kesan kepada para pelajar, terdapat pertimbangan bahawa usul mewajibkan elaun ke atas pelajar praktikal pada sektor swasta akan di bawa ke kabinet kelak untuk semakan.
Mengikut makluman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada laporan di sidang Parlimen hari ini, usul itu perlu diketengahkan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti sebarang kemungkinan serta kesan sebelum dilaksanakan dalam industri.
Pentadbiran mengakui, pihaknya mengalakkan sektor swasta sewajarnya menyediakan elaun kepada pelajar latihan industri untuk menampung keperluan mereka dalam tempoh praktikal. Tambahan tekanan kos semasa, telah meningkatkan lagi keperluan tersebut. Akan tetapi buat masa ini pentadbiran negara tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta dalam pelaksanaan bayaran elaun latihan industri.
Ini kerana usul sedemikian berpotensi mengecilkan lagi peluang untuk pelajar menjalani latihan industri susulan kekangan status tunai dan segelintir syarikat masih dalam fasa pemulihan, ia termasuklah peluang di kementerian.