Dalam tindakan menstrukturkan semula operasi, Foodpanda platform penghantaran makanan di Malaysia kini dilaporkan sedang memberhentikan sejumlah pekerja namun dimaklumkan tidak menjejaskan segmen rakan penghantar.
Makluman itu memperincikan tindakan pembuangan pekerja hanya melibatkan bahagian pengurusan dan kakitangan yang bertugas secara langsung bersama Foodpanda. Situasi ini dapat diperlihat susulan perkongsian sebilangan kakitangan Foodpanda yang terjejas di laman LinkedIn akan notis pemberhentian itu. Berdasarkan laporan awal aturan ini dilihat tidak sekadar mengecilkan jumlah tenaga operasi tetapi turut bertujuan menyeimbangkan semula perniagaan penghantaran.
Walaupun tidak diketahui jumlah pekerja yang terjejas, difahamkan syarikat telah bersetuju menyediakan nilai pampasan bagi setiap petugas yang terkesan susulan notis pemberhentian tersebut.