IKEA Malaysia, penyedia kelengkapan barangan rumah negara kini meletakkan sasaran bahawa tahun 2023 ini akan menjadi pertumbuhan yang positif buat operasi. Matlamat itu didorong hasil lonjakan prestasi kewangan pada tahun 2022 yang membawa kepada peningkatan perolehan 35% kepada RM1.54 bilion.
Sasaran itu merangkumi tumpuan IKEA pada pemesatan permintaan di gedung IKEA Batu Kawan (Pulau Pinang) dan IKEA Tebrau (Johor). Tidak hanya meluaskan pilihan kelengkapan kediaman, IKEA juga dalam usaha meningkatkan instrumen digital pada akses pembelian atas talian mereka, termasuklah pilihan pembayaran dengan sokongan teknologi.
Seterusnya IKEA juga laporan Bernama pelan pertumbuhan 2023-nya bercadang untuk menambah pusat pengambilan IKEA di seluruh negara dan pembukaan gedung baharu pula dijangka akan berlaku mulai 2026 kelak.
Malah pada segmen produk makanan pula, IKEA memaklumkan akan menambah-baik hospitaliti penawaran menu ke arah diet yang lebih sihat. Ini turut merangkumi penawaran menu makanan berasaskan tumbuhan pada tahun ini.