Berpadanan dengan kerancakkan industri kenderaan elektrik (EV) ketika ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) optimis segmen ini berupaya menarik pelaburan ke dalam negara sekitar RM20 bilion – menjelang 2025 kelak.
Matlamat itu merangkumi sokongan negara sejak tahun 2018 sehingga September 2022 melalui kelulusan melibatkan 26 buah projek bernilai RM14.7 bilion bersama industri EV dan pemain infrastrukturnya. Adanya pemacuan industri ini, kelak ia akan membawa kelebihan kepada pasaran kerja dan pertumbuhan negara.
Berdasarkan perincian, projek terlibat akan meliputi pembangunan EV seperti hab pemasangan, pembuatan, serta infrastruktur pengecasan.
Selain pasaran tempatan mengukuhkan infrastruktur EV di lokasi negara, pada peringkat pelaburan – kerajaan turut dalam usaha laksana rundingan bersama syarikat global untuk kemasukan pelaburan EV.
Sehingga kini antara firma luar yang menyatakan komitmen pelaburan adalah Korea Selatan ,China dan Jepun menerusi penyertaan SK Nexilis, IMM Technology, Samsung SDI Energy, EVE Energy, dan Ni Hsin EV.
Berikutan itu, MIDA melihat sekiranya momentum rundingan pelaburan EV dapat diperluaskan – aliran negara menjangkakan industri EV ini kekal berpotensi meraih lebih banyak pelaburan sekitar RM40 bilion menjelang 2030.