Setelah memegang tampuk pimpinan selama 7 tahun dan 11 bulan bersama Fave – pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Joel Neoh kini mengumumkan peletakan jawatan pada platform fintech di rantau Asia Tenggara tersebut – berkuat kuasa mulai awal Mac ini.
Berikutan pengunduran Joel ini, Fave memaklumkan pengurusan operasi yang diasaskannya sejak 2105 itu akan diterajui oleh Yeoh Chen Chow iaitu pengasas bersamanya dengan sokongan pengurusan kanan di Singapura dan Malaysia.
Walaupun Joel mengambil keputusan itu, setakat ini prestasi Fave telah memperlihatkan pertumbuhan yang membrangsangkan pada operasi. Apabila berjaya meraih 40% peningkatan pertumbuhan dari suku ke suku pada tahun lalu. Selain perluasan khidmat dompet digital bersama penyedia lain, jenama turut meraih perolehan platform e-dagang di bawah Groupon, malah Fave juga mengalami peralihan kepada Pine Labs, iaitu sebuah firma pembiayaan dan perkhidmatan teknologi transaksi yang berpangkalan di India pada April 2021.
Menerusi peralihan bernilai sekitar $45 juta itu, ia sekaligus telah mengukuhkan lagi operasi Fave dan seterusnya membawa kepada peningkatan penyertaan pengguna teknologi kewangan di peringkat global.