Buat masa ini, Kerajaan Malaysia tidak miliki perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah b40.
Ini kerana kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada sidang Parlimen hari ini didasari berasaskan anggaran awal pihak PTPTNĀ bahawa – cadangan pemansuhan pinjaman bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah b40 ini akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.
Susulan itu, negara setakat ini tidak memiliki perancangan untuk meneruskan usul sedemikian berikutan tampungan nilai pemansuhan yang begitu besar.
Akan tetapi, kerajaan kekal prihatin dan memberi perhatian kepada kumpulan peminjam dengan menyediakan pelbagai kemudahan bayaran semula pinjaman. Antaranya adalah seperti berikut;
- Penangguhan bayaran balik sekiranya individu menyambung pengajian atau tidak mendapat pekerjaan
- Penjadualan bayaran mengikut kemampuan peminjam turut tersedia
- Pemberian diskaun sekiranya peminjam melaksanakan bayaran penuh sekaligus akan ditawarkan
- Bayaran juga hanya bermula selepas 12 bulan peminjam tamat pengajian untuk memberi laluan kepada peminjam bersedia dan miliki pendapatan yang stabil.