Setakat 31 Januari 2023, didapati sekitar 830 buah sekolah di seluruh negara telah diklasifikasikan memiliki isu daif – dan memerlukan pembangunan semula blok bangunan pendidikan ekoran tahap skor infrastrukturnya di paras skala 6 dan 7.
Dapatan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu secara langsung menuntut penggantian semula blok bangunan di sekolah yang terlibat wajar disegerakan. Ini kerana isu daif itu tidak sekadar memberi kesan kepada aspek keselamatan, tetapi turut memperlahankan kecekapan sistem pendidikan negara akan tekanan kos dan ketirisan kemudahan buat para pelajar.
Berikutan itu disasarkan isu sekolah daif ini akan menjadi tumpuan utama pada pengagihan Belanjawan 2023 kelak. Menurut PM Anwar pada minggu lalu, pemulihan pembangunan itu akan memberi kesan positif kepada mutu pendidikan negara – khususnya buat pelajar di kawasan pendalaman negara.
Kenyataan media berkaitan KPM Sambut Baik Keseriusan Kerajaan Dalam Menangani Isu Sekolah Daif.#7TerasKPM#AnakBaikLagiCerdik#MuridCeriaGuruBahagiaSekolahBitaraNegaraSejahtera#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/mKUQNE7nwR
— KPM (@KemPendidikan) February 13, 2023