Dalam usaha ZUS Coffee mengukuhkan permintaannya pada pasaran negara, kini pihaknya telah melaksanakan kesepakatan bersama Pos Malaysia Berhad dengan menempatkan rangkaian di cawangan kurier tersebut. Untuk langkah awal, Pejabat Pos Besar Ipoh telah menjadi cawangan pertama kesepakatan tersebut.
Aturan selaku rakan kongsi ini sekaligus akan meningkatkan lagi perluasan rangkaian ZUS Coffee di Malaysia. Di mana setakat Januari 2023 sahaja, pihaknya telah mendedikasikan penawaran kopi dengan memiliki sejumlah 190 cawangan fizikal di seluruh negara.
Sementara untuk Pos Malaysia pula, perluasan ini sekaligus akan mempelbagaikan lagi kemudahan platform kurier mereka kepada para pelanggan dan menjadikan cawangan sebagai konsep sosial yang lebih dekat bersama pengguna. Ia bermakna selain dapat melunaskan tanggungjawab bersama perkhidmatan Pos Malaysia, para pelanggan turut boleh mendapatkan akses khidmat minuman.
Bagi meraikan kebersamaan itu, pelanggan Pos Malaysia yang menggunakan khidmat bersama transaksi RM50 di cawangan – kini boleh nikmati potongan 15% untuk mana-mana pembelian minuman di ZUS Coffee. Tawaran ini akan terus sah sehingga 10 Mac 2023 kelak, dan setiap potongan hanya tertakluk bagi setiap transaksi di Pos Malaysia, pada hari yang sama sahaja.