Bagi menyokong perkembangan ekonomi negara dengan sokongan sumber tenaga profesional, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini bersama Capital A telah memeterai persefahaman untuk memacu peluang pekerjaan bersasar dalam teknologi kepada kumpulan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), lepasan sekolah dan graduan universiti.
Kerjasama ini akan memperlihatkan sokongan di bawah AirAsia Academy yang akan bertindak menyalurkan sumber tenaga terlatih bersama pengetahuan teknologi pada pasaran semasa tenaga kerja negara.
Usaha ini juga secara langsung akan memperlihatkan langkah kedua pihak menempatkan peluang pekerjaan melalui pangkalan Caruman, MyFutureJobs, dan portal Pekerjaan Nasional Malaysia.
Adanya kebersamaan itu, ia sekaligus turut menggalakkan lagi penyertaan masyarakat dalam institusi airasia academy dan ini akan membantu pasaran negara meningkatkan bakat teknologi selari dengan matlamat Revolusi Industri Keempat (IR4.0).