Memahami isu kemiskinan haid berlaku dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita keluarga B40 – pentadbiran Perak kini dalam cadangan menyediakan kemudahan mesin layan diri tuala wanita di kawasan persekolahan.
Bagi peringkat awal, cadangan tersebut akan meletakkan kemudahan itu di sekolah rendah selain sekolah menengah. Mengikut makluman Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, usaha ini untuk meluaskan pendedahan berhubung akses tuala wanita percuma dalam kalangan murid sekolah rendah.
Ini kerana tinjauan dapati, sebahagian pelajar telah alami kedatangan haid ketika di peringkat sekolah rendah namun pendedahan keperluan itu masih rendah. Selain lokasi itu, Perak turut memiliki cadangan meluaskan kemudahan tersebut ke kawasan yang memiliki keperluan semasa.