Sunway kini mula melancarkan aplikasi sehenti edisi kedua – Sunway Super App yang merangkumkan kesemua perkhidmatan dan produknya bersama 13 segmen kepada pengguna.
Kemudahan ini sekaligus membenarkan pengguna nikmati pelbagai akses, tidak hanya perkhidmatan perhotelan, hartanah namun turut merangkumi segmen hiburan taman tema, gedung beli-belah dan khidmat kesihatan.
Lebih menarik, aplikasi sehenti ini turut menyediakan akses kepada lebih 1,500 rakan niaga Sunway melibatkan kerjasama dengan Grab, The Lorry dan Foodpanda. Ia juga turut menyertakan ciri dompet digital bagi memudahkan segala transaksi pengguna dapat dilaksana secara terus tanpa memerlukan wang tunai.
Tidak hanya itu pengguna juga boleh nikmati pelbagai faedah dengan menyertai program kesetiaan Sunway Pals untuk menebus ganjaran bersama perkhidmatan di bawah Sunway.