Walaupun kadar pengangguran negara semakin menurun sebanyak 1.9%, dengan pengurangan 11,400 individu kepada 600,500 individu setakat suku keempat 2022 lalu. Namun jumlah besar pengangguran di Malaysia dilihat terus didominasi oleh golongan belia.
Di mana mengikut data terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), berlandaskan kumpulan umur – ternyata bilangan penganggur berusia 15 tahun hingga 24 tahun mencatatkan sekitar 299,400 individu, diikuti 25-34 tahun (191,100 individu), 35-44 tahun (59,900 individu), 45-54 tahun (26,400 individu) dan 55-64 tahun (23,700 individu).
Meskipun kumpulan belia ini memaparkan jumlah yang besar, namun ia turut alami penurunan berbanding data sebelumnya sekitar 301,300 individu pada suku ketiga 2022.
Sementara paras pengangguran mengikut negeri pula – menunjukkan kebanyakkan negeri telah memaparkan penurunan namun kadar pengangguran yang terendah telah diungguli di Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.6%, Perlis (2.2%), Pulau Pinang (2.3%), Johor (2.4%) dan Negeri Sembilan (2.6%).