Artikel

Malaysia Kini Mempunyai 33 Juta Orang Penduduk

Pertumbuhan penduduk Malaysia kini memperlihatkan pertambahan 1.3% kepada 33.0 juta penduduk setakat suku keempat 2022 lalu.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini secara langsung menunjukkan jumlah penduduk negara telah alami peningkatan berbanding suku yang sama pada 2021 lalu iaitu sekitar 32.6 juta penduduk.

Mengikut perincian, jumlah penduduk negara ini merangkumi warganegara seramai 30.4 juta sementara bukan-warganegara pula seramai 2.6 juta penduduk. Manakala mengikut jantina pula populasi lelaki terus mendominasi dengan 17.4 juta penduduk, diikuti perempuan seramai 15.6 juta. Secara nisbahnya 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan telah dicatatkan negara setakat ini.

Selanjutnya pecahan mengikut kumpulan etnik pula terus memperlihat etnik Melayu mendominasi dengan 17.3 juta penduduk, diikuti Cina (6.9 juta), Bumiputera (3.7 juta), India (2.0 juta) dan lain-lain etnik (0.2 juta).