Dalam usaha menjimatkan kos operasi sekitar $5.5 bilion serta melonjakkan keuntungan segmen penstrimannya – syarikat Walt Disney Co pada minggu ini telah mengumumkan akan laksana penyusunan semula secara besar-besaran.
Langkah operasi di bawah pimpinan Bob Iger itu sekaligus membawa kesan kepada 7,000 pekerjaan di bawah operasinya. Impak ini sekaligus akan memperlihatkan sekitar 3.6% daripada jumlah pekerjanya di peringkat global akan terjejas.
Berdasarkan perincian, langkah penyusunan semula ini bertujuan untuk mengembalikan peranan kepada para eksekutif kreatif, dan dijangka 3 segmen operasi akan ditumpu melibatkan segmen hiburan seperti filem, televisyen, penstriman, dan diikuti segmen sukan serta segmen taman tema Disney dan pengeluaran produknya.
Mengikut pemerhatian AFP, meskipun pengumuman itu telah dilaksanakan prestasi saham Disney kekal membrangsangkan dengan kenaikan 4.7% pada penutupan sesi dagangan semalam.