Perdana Menteri Anwar IbrahimĀ pada sidang media usai mesyuarat Kabinet sebentar tadi memaklumkan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak akan laksana pembentangan Kertas Putih berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan pada sidang Parlimen mendatang.
Langkah perincian itu sekaligus akan membawa kepada penjelasan berhubung dakwaan bahawa sebahagian daripada tindakan itu dimaklumkan tidak mengikut peraturan dan ditandatangani Menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.
Pembentangan tersebut mengikut sidang akan dilakukan oleh Menteri Kesihatan semasa, Dr. Zaliha Mustapa pada pembentangan di Parlimen kelak.