Artikel

Setelah Lonjakan Kos Barang – Harga Besi, Simen Pula Semakin Naik

Tatkala semua pihak berdepan tekanan kenaikan harga barang, industri pembinaan tidak terkecuali akan lonjakan kos melibatkan harga bahan binaan seperti besi dan simen – yang ketika ini telah naik sebanyak 1.0% dan 2.6% pada Januari 2023 bagi indeks harga seunit.

Peningkatan harga besi dan simen ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekaligus telah didorong akan kenaikan harga bahan mentah, arang batu serta kos penghantaran yang lebih tinggi.

Tidak hanya itu, kenaikan indeks harga besi turut didorong akan lonjakan harga bijih besi di pasaran antaranbangsa. Tambahan pembukaan ekonomi China kelak dijangkan akan merangsang semula aktiviti pembinaan, ini sekaligus meningkatkan lagi kos bahan binaan dalam pasaran semasa.

Setakat ini secara puratanya harga simen di pasaran negara telah naik sekitar 3.4% iaitu RM21.66 bagi setiap 50kg berbanding RM20.95 pada Disember lalu dengan kuantiti yang sama. Melalui lonjakan itu ia secara langsung meningkatkan tekanan kos di peringkat pemaju, kontraktor dan berkemungkinan memberi impak pada kos pasaran pengguna.

Selain harga bahan binaan itu, dilihat purata harga pasir masih kekal tidak berubah pada pasaran dengan purata RM36.32 satu tan metrik.