Dalam usaha memperkasakan sistem pengangkutan di ibu negara Malaysia, pentadbiran kini bercadang menjadikan terminal Titiwangsa selaku hab pengangkutan awam di bandaraya – yang berpotensi menghubungkan 5 mod pengangkutan awam iaitu bas, monorel KL, LRT laluan Ampang, LRT laluan Sri Petaling dan MRT2 serta MRT3.
Langkah ini Kementerian Pengangkutan Awam (MOT) dan MRT Corp dilihat selari dengan pembangunan terminal Titiwangsa yang berasaskan kepada pembangunan berorentasikan transit (TOD). Setakat ini, terminal tersebut memiliki pertukaran stesen melibatkan laluan monorel dan LRT Ampang.
Kelak, terminal ini akan alami pertambahan mod pengangkutan awam apabila pembukaan MRT2 bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Sekaligus menjadikan ia memiliki 3 mod pengangkutan awam untuk kemudahan masyarakat kota.