Artikel

Apple Kekal Kuasai Telefon Pintar, Dominasi 85% Untung Pasaran

Apple sekali lagi mengukuhkan kedudukannya pada pasaran pintar pada segmen jualan telefon pintar di peringkat global 2022.

Perolehan ini menurut tinjauan Penyelidikan Counterpoint memperlihatkan Apple raih 85% daripada keuntungan operasi dan 48% daripada hasil adalah daripada jualan telefon pintar sepanjang tahun. Hasil ini dilihat membrangsangkan tatkala pengeluar telefon pintar lain berdepan fasa margin yang lebih rendah. 

Meskipun kekal dominasi  keuntungan, namun Apple turut alami kejatuhan prestasi selama 4 tahun rentetan ketirisan bekalan komponen dan status ekonomi semasa telah menjejaskan jumlah pendapatan operasinya. Selain Apple, Samsung turut menjadi jenama yang meraih pertumbuhan tinggi hasil pengeluaran telefon pintar premium.

Selanjutnya pada jangkaan prestasi awal tahun ini, diramalkan jualan produk Apple akan terus meningkat ekoran pembukaan ekonomi China. Ini kerana setakat awal Januari didapati jualan telefon pintar telah meningkat lebihi 20%. 

Walaupun terlalu awal untuk menjangkakan aliran positif namun lonjakan ini mampu meningkatkan lagi kedudukan Apple di pasaran pintar global.