Mengikuti jejak langkah firma teknologi lain, kini giliran Dell Technologies Inc pula melaksanakan pemberhentian pekerja – melibatkan sekitar 6,650 kakitangannya. Tindakan itu secara langsung bakal memperlihatkan sejumlah 5% daripada tenaga kerja globalnya akan terkesan.
Selain Dell, beberapa jenama pesaingnya turut mengambil langkah yang sama antaranya HP Inc seramai 6,000 pekerja terjejas, diikuti Cisco System dan IBM sekitar 4,000 petugas terkesan.
Jumlah sedemikian sekaligus meningkatkan lagi kadar pemberhentian pekerja yang telah berlaku sejak 2022, menurut firma Challenger, Gray & Chirstmas Inc sekitar 97,171 pekerja sektor teknologi telah diberhentikan pada tahun lalu. Kadar itu secara langsung memaparkan peningkatan 649% berbanding data pemberhentian tahun sebelumnya.