Artikel

MOT : Lapangan Terbang Subang Akan Dibangunkan Semula, Jadi Hab Serantau

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali Lapangan Terbang Subang kini diumumkan akan lalui transformasi strategik oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang pagi ini.

Melalui pembangunan semula yang telah meraih kelulusan Jemaah Menteri pada 2 Februari lalu akan memperlihatkan usaha dasar negara jadikan lapangan terbang Subang sebagai pusat penerbangan aeroangkasa serta hab perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun setakat ini, peruntukan pembangunan semula itu akan diteliti dan dimaklumkan setelah semakan perincian dicapai oleh semua pihak. Melalui usaha ini, dijangka ia akan meluaskan penyertaan pelaburan ke Malaysia dalam sektor penerbangan negara.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini pada tahun 2021 lapangan terbang Subang telah memaklumkan akan laksana pembangunan semula hab penerbangan mereka dengan pembangunan kemudahan sekitar RM1 bilion sementara infrastruktur RM300 juta. Dan dijangka berupaya menghasilkan sekitar 10,000 peluang pekerjaan melalui lanjutan pembangunan semula hab penerbangan tersebut.