Bagi memastikan tekanan kos operasi terus dapat diimbangi, jenama Nestlé memaklumkan harga produk pengeluarannya bakal alami kenaikan pada tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mark Schneider pada laporan Reuters, dalam tempoh ini – terdapat beberapa pelan operasi akan dilaksanakan. Pihaknya akui paras inflasi di sebahagian ekonomi negara maju yang lebih tinggi telah didiorong akan kenaikan harga makanan dan tenaga.
Maka tindakan pelarasan harga produk ini dilihat setimpal dengan tekanan semasa, untuk jenama terus konsisten dalam penawaran pasaran.
Setakat 9 bulan pertama 2022, jualan produk minuman Nestlé dan pengeluaran coklat seperti KitKat telah memaparkan pertumbuhan organik 8.5% bersama kenaikan harga sekitar 7.5 mata peratusan.
Meskipun tidak dimaklumkan jumlah peratusan kenaikan, situasi secara langsung turut dijangka akan membawa perubahan pada harga di pasaran Malaysia.