Artikel

Inflasi Harga Pengguna Malaysia Dijangka Mereda, Sekitar 2.5% – 3.0%

Berikutan bekalan dan harga komoditi pasaran disasar lebih stabil pada tahun ini, Bank Dunia menjangkakan inflasi harga pengguna negara akan sedikit mereda sekitar 2.5% hingga 3.0%.

Penurunan ini mengikut laporan pihaknya pada Pemantauan Ekonomi Malaysia – Memperluas Sempadan Digital akan disokong dengan usaha negara mengawal harga di pasaran, merangkumi kawalan ke atas barangan makanan terpilih diikuti penetapan harga siling bahan api.

Meskipun kawalan harga ini dijangka dapat dilaksanakan sepanjang tahun, namun Bank Dunia kekal akui risiko Malaysia terdedah akan kesan ketidaktentuan ekonomi global – terus berlaku susulan konsep ekonomi terbuka yang diamalkan negara.

Oleh itu, pada laporan memaparkan negara perlu lebih bersedia bersama usaha penambahan sumber pendapatan – untuk depani kejutan ekonomi pada masa mendatang. Bank Dunia melihat, tahun ini dijangka pelbagai krisis akan meningkatkan lagi kelembapan ekonomi dunia – antaranya lanjutan krisis yang berlaku di Rusia-Ukraine serta sekatan pergerakan di China berpotensi merencatkan lagi permintaan semasa.

Malah penyusutan pertumbuhan China bersama negara Ekonomi G7 dilihat turut akan memberi kesan langsung kepada aliran ekonomi Malaysia – dijangka akan merosot antara 1.0 dan 0.7 mata peratusan.