Kelihatannya penyertaan wanita pada segmen swasta selaku pembuat keputusan, atau ahli lembaga dilihat masih rendah, berbanding syarikat awam yang ketika ini telah mencapai paras 38%.
Pengamatan itu sekaligus menuntut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menggesa syarikat korporat memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30% wanita dapat dicapai seperti apa yang disarankan pentadbiran negara.
Dalam usaha untuk meningkatkan matlamat itu menurut laporan Bernama, pihak kementerian menyediakan bahagian bank cv daripada Yayasan Kepimpinan Wanita untuk membantu syarikat korporat miliki pilihan, meneliti kelayakan wanita mengikut kesesuaian dengan peranan entiti mereka.
Setakat tahun 2022 sahaja, syarikat tersenarai awam sekadar mencapai 22% penyertaan wanita pada peringkat pembuat dasar.