Artikel

Bank Dunia : Malaysia Perlu Selaras Ekonomi, Tingkatkan Sumber Pendapatan

Susulan aliran pendapatan kerajaan diperlihat menurun sejak 2012, Bank Dunia menyeru pentadbiran negara untuk mengukuhkan sumber pendapatan melalui sokongan mendalam pada segmen pelaburan.

Menerusi peralihan negara pada ekonomi berteraskan pelaburan secara langsung, ini akan meluaskan lagi jejak pasaran negara dalam permintaan semasa. Sekaligus turut menambah-baik pelarasan gaji tempatan untuk tenaga kerja.

Selain saranan sedemikian, meningkatkan kecekapan cukai kepenggunaan dan meluaskan cukai pendapatan peribadi juga dapat membantu negara, mengukuhkan lagi perolehan hasil.

Ini kerana, Bank Dunia menjangkakan pendapatan negara akan diparas 15% pada KDNK 2023, di mana lebih rendah berbanding matlamat awal yang diletakkan sekitar 16.7%.

Maka melalui usaha ini menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Dr Apurva Sanghi pada laporan, ia akan membantu negara membentuk kembali ruang fiskal Malaysia, bersama kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan lebih positif.

Setakat ini secara menyeluruh, dijangka ekonomi negara akan berkembang sekitar 4.0% ekoran pertumbuhan dunia yang akan lebih perlahan.