Artikel

Usul Pinda Akta Insolvensi 1967 Kini Dikaji – Antaranya Ketengahkan Pelepasan Status Muflis

Pentadbiran negara ketika ini sedang mengkaji usul pindaan Akta Insovensi 1967 yang dijangka akan dibentangkan dalam sidang kabinet, dalam tempoh terdekat.

Cadangan ini menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) akan memperlihatkan beberapa usul pindaan antaranya;

  • Berhubung kemudahan individu yang layak dilepaskan daripada status muflis
  • Kumpulan usia 70 tahun dan ke atas atau mereka yang menghidap penyakit mental – dibebaskan daripada status muflis
  • Selaraskan nilai harta bankrap, termasuklah peralatan kerja yang boleh dikecualikan untuk dibahagikan kepada pemiutang di bawah seksyen 48(1)(a)(ii)

Setakat ini mengikut laporan, sesi perbincangan berhubung cadangan pindaan bakal dilaksanakan pada minggu hadapan, sebelum ia dikemukakan pada sidang Jemaah Menteri kelak.