Seperti yang umum ketahui, isu buruh paksa telah terpalit bersama Sime Darby Plantation (SDP) Malaysia sejak 2020 lagi. Lanjutan daripada dakwaan itu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) kini memaklumkan pada notis US Federal Register – kumpulan tersebut tidak lagi terlibat akan sebarang penggunaan buruh paksa pada pengeluaran produk minyak sawitnya.
Berikutan dakwaan itu, produk SDP telah mengalami sekatan daripada memasuki AS dalam tempoh tersebut dan sekitar $20 juta diperuntukan SDP untuk melunaskan pampasan kepada pekerja asing yang terlibat.
Menerusi pengumuman ini, ia sekaligus membantu SDP meningkatkan kualiti pengeluaran produk mereka mengikut piawaian antarabangsa.
Untuk makluman, SDP juga dalam usaha meneroka kemajuan robotik dalam proses penuaian sawit – di mana menjangkakan manfaat itu dapat mengurangkan kebergantungan operasi terhadap tenaga buruh menjelang 2026 kelak.