Creador, firma ekuiti persendirian kini melaksanakan pengurangan kepentingan sahamnya pada CTOS Digital Bhd kepada 14.25% berbanding 26.6% sebelum ini. Langkah pelupusan 284.81 saham melalui Inodes itu secara langsung telah meraih kepada RM413 juta.
Buat pengetahuan umum, pengurangan ini bukanlah kali pertama dilaksanakan Creador, sebelum ini firma tersebut telah mengurangkan pegangan daripada 28.2% pada 1 November 2022.
Menurut firma, pihaknya akan terus menyokong pertumbuhan CTOS dalam ekonomi digital serantau walaupun pengurangan kepentingan terus dilaksanakan. Untuk makluman, Creador telah menjadi pelabur CTOS sejak tahun 2014 lagi dan kini prestasi firma kredit ini dilihat semakin kukuh setelah disenaraikan pada Julai 2021 lalu.
Selain CTOS, Creador juga turut miliki kepentingan pada syarikat induk Tealive, dan Sapphire Foods iaitu pengendali makanan segera di India, Sri Landa dan Maldives.