Artikel

Permohonan Pinjaman 2023 Disasar Menurun, Kesan Kos Semasa

Pertumbuhan pinjaman bagi tahun ini, diperhatikan akan lebih sederhana sekitar 4.5% susulan tekanan inflasi yang mengakibatkan perubahan kos semasa lebih tinggi.

Pengamatan Kenanga Research ini melihat aliran permohonan pinjaman telahpun semakin menurun pada Disember 2022, menyusut sekitar 16% rentetan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% berlaku bagi November 2022. Paras itu sekaligus menjadikan kos pinjaman negara lebih mahal dengan perubahan kadar faedah dilaksanakan oleh setiap perbankan.

Malah menurut laporan,  penyusutan ini turut berlaku ekoran penurunan pinjaman isi rumah telah merundum 19% disebabkan permintaan permohonan berkaitan hartanah pada tempoh tersebut berkurangan.

Selain jangkaan penurunan permohonan itu, kadar kelulusan pinjaman juga dlihat semakin perlahan iaitu merosot 18% bagi bulan ke bulan. Namun aliran ini dijangka akan kembali berkembang menjelang April 2023 kelak, iaitu ketika musim perayaan.