Artikel

BigPay Tambah-Baik Ciri Analisis Tabiat Pengguna Berbelanja – Bersama Snowdrop

Untuk memastikan pengguna dapat memahami aliran transaksi yang lebih baik, BigPay kini mengumumkan penambahbaikan pada aplikasi mereka dalam ciri pengkategorian jenis transaksi pengguna bersama sokongan Snowdrop Solutions.

Adanya usaha ini, ia akan membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih tepat akan tingkah laku perbelanjaan mereka. Antaranya pengguna akan dapat melihat paparan nama pedagang bersama maklumat transaksi mengikut jenis kategori yang ditetapkan. Selain itu, paparan graf turut tersedia untuk pengguna lebih memahami aliran perbelanjaan berdasarkan tempoh harian pengguna.

Menerusi tindakan itu, ia menjadi langkah fasa pertama BigPay untu meningkatkan lagi ciri pada aplikasi mereka. Dijangka terdapat beberapa pembaharuan bakal dilaksanakan dalam beberapa bulan mendatang.

Difahamkan antara ciri baharu yang akan diusahakan kedua pihak kelak adalah meningkatkan ciri keselamatan aplikasi bagi mengelakkan berlakunya gejala penipuan atas talian.

Melalui usaha ini, secara langsung akan meningkatkan kualiti khidmat aplikasi dan data sekitar 3.65 juta pengguna, diikuti 1.31 juta pengguna kad di pasaran serantau.