Selaras dengan usaha negara untuk mengukuhkan sekuriti makanan dari semasa ke semasa, kerajaan ketika ini merancang untuk menggunakan lokasi tanah terbiar sebagai alternatif membangunkan projek pertanian moden di negara.
Insiatif melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) ini dimaklumkan akan mencari lokasi tanah terbiar di negeri-negeri dan akan bertindak di sewa atau dipajak untuk rancangan projek tersebut.
Adanya usul sedemikian menurut MOF, projek pintar ini berpotensi membantu negara meningkatkan lagi sumbangan ekonomi terhadap sektor agrokomoditi di Malaysia. Untuk makluman setakat 9 bulan pertama 2022 sahaja, sejumlah RM61.3 bilion di sumbangkan sektor tersebut pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.