Artikel

MdI : Seramai 16 Orang Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Setiap Hari

Sepanjang tahun 2022, didapati seramai 16 individu di Malaysia telah diisytiharkan muflis setiap hari oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ekoran kegagalan mereka melunaskan bebanan pinjaman.

Muflis atau bankrap didefinisikan sebagai kegagalan individu serta tidak berupaya melunaskan sejumlah besar beban hutang mereka. Situasi ini mengakibatkan kerugian besar berlaku pada aset individu atau syarikat yang terlibat.

Tahun lalu sahaja, sejumlah 5,695 kes kebankrapan telah didaftarkan di negara dari tempoh Januari sehingga Disember 2022. Daripada jumlah itu, didapati terdapat beberapa negeri menyumbang kepada angka kes muflis yang tinggi – iaitu Selangor (1,044 kes), Wilayah Persekutuan (823), Kedah (591) dan Johor Bahru (559).

Malah sepanjang tahun 2022 juga, didapati sebanyak 16 petisyen difailkan setiap hari, diikuti jumlah kes bankrap yang didaftar setiap hari adalah sebanyak 16 kes.

Sebagai pecahan faktor mengakibatkan status bankrap diisytihar adalah seperti berikut:

  • Pinjaman Peribadi – 2,688
  • Sewabeli Kenderaan – 441
  • Pinjaman Perniagaan – 1,241
  • Pinjaman Perumahan – 491
  • Hutang Kad Kredit – 207
  • Keberhutangan yang lain – 187
  • Penjamin Korporat – 159
  • Hutang Cukai Pendapatan – 153
  • Caruman KWSP – 110
  • Pinjaman Pelajaran/Biasiswa – 18

Berdasarkan perincian itu, didapati jumlah umur penduduk di Malaysia yang menyumbang kes bankrap tertinggi pada 2022 adalah kumpulan 35 tahun – 44 tahun dengan 2,237 kes, diikuti usia 45-54 tahun (1,630) dan 55 tahun dan ke atas (1,024).

Manakala kumpulan belia (sehingga 34 tahun) pula menyumbang kepada 770 kes sepanjang tahun 2022.

Secara keseluruhannya mengikut data tahunan, jumlah kes muflis ini telah menurun berbanding data 2018 yang mencatatkan sebanyak 16,482 kes muflis diisytiharkan.