Artikel

Perlis Jadi Negeri Perintis, Jual Minyak Petrol Tanpa Subsidi Kepada Kenderaan Asing

Ekoran gejala mengekploitasi perolehan minyak petrol negara sering berlaku, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Perlis kini dipilih selaku negeri perintis – melaksanakan larangan jualan minyak RON95 bersubsidi serta diesel ke atas kenderaan asing di pasaran negara. 

Bagi peringkat awal KPDN menerusi Bahagian Penguat Kuasa telah mengambil langkah proaktif mengadakan advokasi bersama semua 40 pengusaha stesen minyak di Perlis selama 14 hari bermula hari ini. 

Tidak hanya itu, tindakan agihan 250 Notis Amaran di pintu masuk negara Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian kepada pemilik kenderaan pendaftaran asing, termasuk motosikal juga telah mula dilaksanakan.

Maka untuk makluman tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 – sekiranya terdapat mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut setelah tamat tempoh advokasi 14 hari, ini.