Artikel

Carsome, KSM Sedia Teroka Peluang Pacu Ekosistem TVET Di Malaysia

Meneliti keupayaan yang ada dalam menyokong bidang TVET negara, Carsome – pengendali kenderaan terpakai secara atas talian di rantau Asia Tenggara, kini terbuka mengalukan penyertaan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk bersama pihaknya mengukuhkan ekosistem TVET di Malaysia.

Menurut KSM pada kunjungannya di pusat induk Carsome hari ini, selaku unicorn negara – usaha Carsome menubuhkan hab teknikal seperti Carsome Academy dilihat selari dengan matlamat negara untuk memartabatkan bidang TVET. Ia tidak sekadar meningkatkan peluang pekerjaan tetapi turut menyokong dari aspek pengetahuan kemahiran mengikut permintaan semasa dan meningkatkan kebolehpasaran belia dalam teknikal dan teknologi -khususnya dalam sektor automotif negara.

Maka melalui hasrat ini, ia secara langsung berpotensi meningkatkan peluang negara meneroka pelaburan baharu dalam segmen TVET dan teknologi.