Bayi yang lahir di Selangor pada tahun ini, kelak akan menerima tabungan pendidikan berjumlah RM100 setiap tahun, sehingga mereka berusia 5 tahun.
Adanya usaha sejak Ogos 2022 ini, ia akan membantu warga kecil Selangor menerapkan tingkahlaku menabung demi kemudahan pendidikan mereka di masa hadapan. Berdasarkan sasaran belanjawan negeri, dijangka sekitar 30,000 bayi akan menerima manfaat bernilai RM3 juta ini.
Inisiatif di bawah Iltizam Anak Selangor itu juga akan memperlihatkan penawaran akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peserta yang terlibat kelak.
Bagaimanapun perolehan ini tertakluk kepada beberapa kriteria, antaranya penduduk perlu berusia 18 tahun dan ke atas, bermaustatin dan mengundi di Selangor. Untuk tindakan pendaftaran, para penduduk negeri boleh layari pautan Iltizam Anak Selangor bagi tindakan lanjut.