Artikel

Jumlah Penduduk Malaysia Bekerja Semakin Naik – Kini 16.11 Juta Individu

Pasaran buruh di Malaysia memperlihatkan peningkatan yang baik, apabila alami pertumbuhan bilangan penduduk bekerja di negara semakin meningkat kepada 16.11 juta individu. Jumlah itu dilihat merangkumi pertambahan sebanyak 498,300 individu (33.2%) dari tahun ke tahun pada pasaran tenaga kerja negara.

Prestasi positif melalui data Sorotan Statistik Malaysia DOSM pada hari ini menjelaskan, pertambahan penduduk bekerja itu secara langsung telah mengekalkan kadar pengganguran negara di takuk 3.6%.

Meskipun pasaran buruh telah memulih, harus diakui ekonomi Malaysia bagi 2023 dijangka akan lebih sederhana sekitar 4.0% dengan sasaran Indeks Pelapor menurun sebanyak 0.4%. Tidak hanya Malaysia bahkan dunia turut berdepan ramalan ekonomi yang lebih suram disebabkan ketidakpastian aliran kadar faedah dan inflasi di pasaran semasa.

Menurut laporan Prospek Ekonomi Global terkini pertumbuhan global diramalkan lebih perlahan kepada 1.7% pada 2023 berbanding 3.0% yang disasarkan pada tempoh enam bulan lalu.

Manakala ekonomi di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia sekitar (4.8%), Filipina (5.4%) dan Vietnam (6.3%) pula dijangka akan tumbuh sederhana selepas pemulihan yang kukuh pada 2022 – ekoran pertumbuhan eksport yang perlahan ke pasaran utama disasar bakal berlaku.