Artikel

Malaysia Sasar Jadi Hab Utama Pengeluaran Makanan, Beri Manfaat Bersama Singapura

Bagi memastikan keterjaminan makanan antara kedua negara terus kukuh, Malaysia bercadang mendapatkan sokongan Singapura untuk menjadikan negara sebagai hab utama dalam pengeluaran bekalan.

Kesepakatan ini secara langsung tidak sekadar mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi turut meningkatkan kecekapan pertumbuhan ekonomi.

Usaha itu telah dizahirkan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada pertemuan rasmi bersama Singapura semalam (30 Januari). Selain agenda tersebut, kedua negara juga telah bersepakat memeterai Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi-Digital Malaysia-Singapura untuk perkukuhkan kualiti PKS kedua negara dalam era digital.

Tidak hanya itu, Malaysia turut mengaluakan kerjasama dengan Singapura dalam pengetahuan teknikal berhubung pengawalseliaan kenderaan elektrik (EV) di bawah Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Hijau. Usaha ini akan membantu sektor automotif tempatan memahami garis panduan industri, keperluan teknikal, etika, perundangan serta peraturan pelaksanaan.