Artikel

Pelan Pengajian Percuma Bakal Tersedia – Buat Pelajar Generasi Pertama Keluarga Miskin

Memahami kepentingan pendidikan, mampu mengubah corak ekonomi individu di negara – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini memaklumkan bakal perkenal insiatif pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin, yang berjaya meraih tawaran kemasukan ke universiti.

Usaha itu menurut KPT akan dibawa kepada sidang Jemaah Menteri untuk mendapatkan sokongan serta menjadikan ia sebagai dasar kelangsungan dalam pendidikan negara.

Adanya langkah itu, sekaligus akan membantu Malaysia menamatkan tahap kemiskinan melalui komponen penawaran pendidikan dan kemahiran percuma berasaskan permintaan pasaran ekonomi negara. Tidak hanya usaha itu, KPT juga bercadang memberi sentuhan baharu ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan berhasrat mengurangkan beban hutang insitusi tersebut.

Selain itu, KPT turut memberi gambaran untuk meneroka penerapan pendidikan secara fizikal dan digital dengan lebih meluas buat kemudahan para pelajar. Ia tidak sekadar menyokong peralihan digitalisasi tetapi turut memberi pendedahan kepada semua pihak dan dapat memberi penjimatan berganda kos operasi bagi jangka panjang pada institusi pendidikan tempatan.