Artikel

Malaysia Rugi RM150 Juta, Kesan Syarikat Gagal Bayar SST

Walaupun kurang daripada 10% syarikat dan industri yang dikesan, gagal melunaskan bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun 2022 – namun kesannya telah membawa kepada kerugian negara sekitar RM150 juta.

Ketirisan ini mengikut perkongsian Kastam Malaysia kekal memberi impak pada hasil negara, bagaimanapun kutipan secara menyeluruh jelas menunjukkan lebih 90% syarikat masih komited melunaskan tanggungjawab mereka, dengan kutipan hasil tahun 2022 mencatatkan sekitar RM53.54 bilion. Di mana 25.97% (RM11 bilion) lebih tinggi berbanding kutipan sebelumnya.

Untuk makluman jumlah sedemikian merangkumi cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import dan levi.

Maka bagi mengelak daripada berlakunya ketirisan berganda, Kastam merancang tingkatkan kecekapan kaedah kutipan bersama sasaran hasil tahun ini sekitar RM52 bilion.