Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat kembali meningkat kepada 3.5% bagi data Disember 2022. Di mana catatan ini memaparkan sedikit peningkatan selepas menurun kepada 3.2% pada November lalu.
Hasil tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan kos di hampir ke semua sektor kecuali sektor pertanian, perhutanan dan perikanan telah alami penurunan -17.5%, susulan penurunan pada segmen penanaman kekal sebanyak -27.3%. Malah mengikut tahap pemproses juga, tahap barang siap sedikit naik kepada 4.4% berbanding sebelumnya sekitar 3.3%.
Manakala secara keseluruhannya, IHPR meningkat 7.8% pada tahun 2022 berbanding 9.5% yang direkodkan pada tahun 2021. Semua sektor menunjukkan peningkatan di mana sektor Pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan 1.3% (2021: 30.2%), sektor Perlombongan meningkat 12.6% (2021: 41.2) dan sektor Pembuatan juga meningkat 8.4% (2021: 5.5%). Seterusnya, sektor Bekalan elektrik & gas dan Bekalan air masing-masing merekodkan peningkatan 0.7% dan 2.6%.