Artikel

Ringgit Naik, Kekal Melonjak Selama 7 Hari Berturutan

Pada jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit terus memperlihatkan pengukuhan apabila meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutupan Jumaat lalu, sekitar 4.2410/2475.

Peningkatan secara berturutan dalam tempoh 7 hari ini, memperlihatkan pengukuhan nilai mata wang tempatan menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada 31 Januari – 1 Februari ini. Menurut SPI Asset Management Stephen Innes, dijangkakan kadar faedah akan menurun kepada 25 mata asas (bps) daripada 50 bps sebelum ini.

Melalui penurunan tersebut, ia dijangka akan terus menyokong kedudukan Ringgit Malaysia.

Setakat ini untuk makluman pada laporan Bernama, nilai mata wang tempatan diniagakan tinggi di kebanyakan negara berbanding kumpulan mata wang utama lain – di mana berbanding dolar Singapura kepada 3.2270/2311, naik berbanding euro kepada 4.6046/6100 dan naik berbanfing yen Jepun kepada 3.2551/2594. Hanya dengan pound Britain memperlihatkan penurunan kepada 5.2495/2557.